Friday, December 9, 2011

Customers

Alhamdulillah, jazakillah khair kepada ikhwah/akhawat/colleagues/good friends yang membeli buku Prophetic Parenting pada bulan ini:

1) Kamarul Azizan
2) Shafiq Azmi
3) Wan Norhazimah (TKC)
4) Kak Aisha (IMB)
5) Nurul Fariena (ex-Sydneysider)
6) Afida Liyana Yahya (Sydneysider)

Tidak lupa kepada yang sedang menempah. Buku akan diterima pada minggu hadapan, inshaAllah:)

7) Kak Mastura Mohd (Shah Alam)
8) Kak Muna Hamiza (Melbourne)
9) Kak Nurhazlin Hazrin Chong (Sydneysider)
10) Natasha Ismail (3x) (Auckland)

Moga buku tersebut bermanfaat untuk kalian dan ahli keluarga yang bakal memimpin masa hadapan nanti :) InshaAllah, amiin.

Selamat Membaca! Dan ikutilah perkembangan buku-buku yang akan datang di webpage!

Dari,
Qatrun Salwa's online bookshop Administrator

Wednesday, December 7, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, satu pencapaian yang amat bagus dariku untuk umat kerana aku telahpun meneyediakan satu tempahan online kepada umat di Terengganu untuk membeli buku-buku ilmiah di webpage ku "Qatrun Salwa's online bookshop" di FB pada 5 Disember 2011. Satu anjakan paradigma dari diriku. Pemberian nama Qatrun Salwa yang bermaksud titisan madu ini adalah sebagai metafora sesuatu ilmu itu ibarat titisan madu yang perlu dihargai. Sekiranya dihadam dan diamalkan, ia akan bermanfaat kepada diri. Sekiranya disimpan dengan baik, ia akan bermanfaat pada orang lain yang memerlukannya suatu hari nanti. Wallahu 'alam :)

Terima kasih,Allah kerana memberi kekuatan pada diriku dan mendapat sokongan dari ahli-ahli keluargaku.

Syukur, alhamdulillah!

Sila layari webpage terbaru:

Qatrun Salwa's online bookshop di ruangan FB!

Ia memasarkan buku-buku ilmiah yang Islamik seperti Prophetic Parenting, etc.

Pergantungan pada Allah VS pergantungan pada orang


Pergantungan pada Allah swt semata-mata membawa kita kepada kebebasan daripada meletakkan dunia di hati.
Kebanyakan manusia selalu merasakan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Lalu mereka lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah swt telah kurniakan kepada mereka. Mereka suka membanding-bandingkan kelebihan dan kepunyaan orang lain dengan mereka.

Sekiranya mereka mempunyai sesuatu yang lebih rendah dari orang lain, mereka akan merasa dengki dan iri hati, itu suatu perkara yang tidak elok untuk diamalkan. Sifat-sifat mazmumah ini mestilah dihindari sebaik mungkin, kerana ia adalah titik-titik permulaan kepada sesuatu yang negatif dan tidak sihat.

TETAPI!

SEKIRANYA KITA MELETAKKAN PERGANTUNGAN KITA SEMATA-MATA HANYA KERANA ALLAH SWT DAN MENSYUKURI SEGALA NIKMAT YANG ALLAH TETAPKAN KEPADA KITA, HIDUP INI AKAN LEBIH BERMAKNA.

ALHAMDULILLAH!!!!!!!!






Transformasi kehidupan untuk fasa seterusnya

Sudah 24 tahun, ku menjalani kehidupan sebagai seorang insan. Insan kerdil yang masih dalam perjalanan untuk menemuiNya. Semoga ku dan ahli keluargaku serta bakal ahli-ahli keluargaku diberikan husnul khotimah di pengakhiran jalan di dunia ini.

Majoriti kehidupanku adalah berpaksikan sebagai seorang pelajar. Pelajar yang hanya mengenal erti peperiksaan, belajar, dengar talk, makan, tidur, sembahyang, qiyammulail, usrah, etc.
Sebahagian dari kematanganku terbentuk semasa kehidupanku di negara asing. Setelah ku pulang ke tanah air, ku lihat, rupanya aku belum cukup matang mengenal masyarakat di sini.

Bermulanya pra-kursus kehidupanku untuk fasa kedua..(huhu, betul ke ayat ni. Hmm, layan je la).
Hari-hari kena leter untuk belajar masak, jangan buat tu, jangan buat ni, bangun awal! Selepas subuh jangan tidur, mulakan kehidupan seawal mungkin, belajar memandu kereta, jangan cepat merajuk, kawal marah, jaga sopan santun, senyummm, ceria, tenang dikala teruji, jaga qiyammulail, jaga anak sedara, ajar mereka mengaji, solat, sekiranya mereka mengada2 ,jangan pukul, instead berlembut dengan mereka..uishhh, susahnya ku nak menghadam benda-benda ni. Astaghfirullah.. Panjang nafas ku hela.. jauh sudah disiplinku semasa di Sydney dulu. Kenapa agaknya, adakah banyak syaitan di Malaysia ni atau aku yang sudah semakin masuk ke dalam 'comfort zone'.. oh Allah, peliharalah aku dan orang-orang sekelilingku.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, ..aku sudah pun sampai ke hujung tahun 2011. Oh tidak! Tinggal 5 bulan lagi utk menjadi 25 tahun! Apa yang aku buat selama 24 tahun ni. Aku bukannya sesiapa lagi... Astaghfirullah!..

Okey, okey, rileks rileks...

(Menulis perancangan untuk masa hadapan)

Sunday, June 19, 2011

ROME& JAPAN or ROME vs JAPAN


Subhanallah, hebatnya akal fikiran manusia yang diciptakan Allah utk berfikir sehingga terdirinya sebuah bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan purba yang menjadi junjungan pelancong sehingga ke hari ini... Apa sejarah disebalik pembangunan ini ya?

MashaAllah, hebatnya ciptaan Allah baik di langit mahupun di muka bumi ini :) Seronoknya, andai ku dapat merasai kenikmatannya di alam realiti..


Bismillahirrahmanirrahim :)

Sunday, May 15, 2011

Refleksi Budaya-Hitam, Putih, Kelabu

Apa itu Budaya? Apa pula kejutan budaya?

Budaya boleh ditafsirkan sebagai perkara yang diamalkan oleh sesebuah komuniti dalam kehidupan seharian mereka.

Menjadi suatu perkara yang menjengkelkan sekiranya budaya yang menular dalam masyarakat itu merupakan sesuatu yang agak negatif dan kurangnya nilai murni.

Terkenang budaya masyarakat di Australia. Mereka mempunyai peribadi seorang muslim apabila berkomuniti;

1) Menghormati golongan yang lemah: Orang tua, wanita, golongan kurang upaya.
Contoh ini dapat dilihat ketika melihat anak-anak muda bangun dari tempat duduk mereka ketika melihat golongan lemah menaiki kenderaan awam seperti komuter, bas, keretapi.

2) Mereka menghormati orang yang beratur: Hal ini boleh dilihat ketika menaiki bas, membeli makanan, pembayaran di pusat membeli-belah, membuat pembaharuan Kad Matrik di Uni :)

3) Apabila datang ke kaunter pertanyaan: Budaya mereka adalah tersenyum :) dan memberi kata hormat kepada tetamu dan pelanggan. Mereka memuliakan tetamu.

4) Apabila seseorang bertanya, mereka menunjukkan arah dengan rasa hormat tanpa mentertawakan.

5) Masa- mereka sangat punctual. Sekiranya jadual bas sampai pada pukul 7.17 am, kita akan ditinggalkan andai sampai pada pukul 7.18 am :)

6) Mereka mengajar dengan rasa tanggungjawab di Universiti tanpa rasa ego dan tidak menggunakan pangkat mereka sebagai panggilan. Rendahnya diri mereka.

7) Mereka mudah untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain. Contohnya: di airport, ketika mengangkat barang yang berat,dll.

Itu adalah antara contoh-contoh murni yang mereka tunjukkan:)

Setibanya di airport Malaysia..bersama bagasi-bagasi yang berat.. deria telinga ku terdengar suara yang berbunyi..

"Biarkanlah dia, dia dah biasa hidup di luar negara".. Pemilik-pemilik suara itu hanya menolongku dengan melihat ku memunggahkan bagasi-bagasi berat sendirian ... o_O~

MashaAllah, indahnya budaya Australia, tak semua mengalaminya :) Alhamdulillah!