Sunday, August 1, 2010

Erti kehidupan [Episod 1]

Mencari erti kehidupan adalah perkara yang sering aku renungkan. Teringat kisahku pulang dari sekolah rendah agama di kampungku , Simpang Renggam, Johor. Terpatri suasana tatkali dibonceng oleh abah dengan motor Honda Cup membawa ku pulang dari sekolah ke rumah.

Suasana senja yang tenang ku nikmati di atas sambil merenung langit yang penuh dengan bebenang matahari terbenam. Tika itu lagi tekadku amat besar iaitu berjaya di dunia dan di akhirat.

Semakin hari, semakin kuat tekadku. Hingga datangnya peperiksaan sekolah rendah (UPSR). Kemahuanku memuncak. Rasa takut dan harap bersemadi dalam hati ku.. tapi ku teruskan juga perjuangan. Ku yakin dengan usaha dan berkatNya.

Dan, subhanallah. ku memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang akan mempengaruhi perjalanan hidupku selepas ini.. Allah mendengar rintihan hatiku.. keberkatan dari ibu bapa ku jaga. Hati setiap rakan ku jaga supaya tidak terasa denganku. Akhlakku, imanku, kedekatanku dengan Allah , terasa hangat sangat di hati.

Ku akan berlumba-lumba dengan DIRIKU SENDIRI untuk beramal dan menolong ibuku di rumah. Benda yang paling aku suka adalah membersihkan halaman rumah selepas solat subuh , tika ibuku tidak menjengah dapur untuk jerang air panas dan sediakan sarapan pagi.

Ku rasa bahagia, walaupun kehidupan kami sederhana, walaupun hidup kami tidak kaya dengan material. Tetapi, ibuku sering menekankan, biar kita kaya dengan budi bahasa dan hati yang baik. Ingin sekali aku putarkan masa kecil ku semula kerana ia sangat bahagia. No harm, No problems :)

Tenang.

Dan tiba lah, keputusan permohonan sekolah berasarama. Subhanallah, aku dimasukkan ke sekolah asrama, Kolej Tunku Kurshiah, N.9. Penolong kanan akademik, Sekolah Kebangsaan Dato' Ibrahim Majid (1999), datang ke rumahku sewaktu hari raya dengan Surat Rasmi dari KTK (TKC) untuk ku melanjutkan pelajaran ku. Riak muka guruku itu amat gembira. Ku terpinga dan gembira pabila melihat ibu bapaku tersenyum meleret... :) :) rindunya mereka. Waktu itu aku tidak kenal langsung tentang sekolah ini. Adakah sekolah ini akan mengubah arah tuju hidup ku? (bersambung)

CINTA KU PADA MU, ALLAH.

Subhanallah, ataghfirullah.