Wednesday, February 10, 2010

Satu perkongsian untuk semua

Tak dinafikan, seorang remaja/pemuda (syabab) mempunyai semangat yang tinggi utk mempertahankan hak mereka lagi2 apabila isu agama diperlekehkan.

Firman Allah swt:
"Dan perangilah mereka sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya milik Allah swt semata. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan" (surah Al-Anfal: ayat 39)

Walaubagaimanapun, approach yang mengikut syara' pada pandangan Allah perlu dilakukan utk selesaikan segala perkara dalam setiap sudut kehidupan kita. Bukan dengan marah-marah disulami dengan kata2 kesat, bukan dengan beradu tenaga, tidak juga dengan membiarkan sahaja orang-orang kafir itu memperkotak-katikkan agama suci ini (ISLAM).

Apa yang boleh seorang syabab (pemuda/remaja) itu sumbangkan adalah dengan meletakkan dirinya 100% dalam ajaran ISlam. Baik pemikirannya, pakaiannya mengikut syara' atau tidak, percakapannya berfaedah utk membaiki umat atau tidak, isu perbualannya, sumbangan duitnya, ilmu pengetahuannya disalurkan ke mana, masa dan tenaganya disumbangkan kepada siapa dan bermanfaat utk agama atau tidak. Semua usaha ini, apabila dapat dilaksanakan oleh setiap syabab baik di Malaysia mahupun di serata dunia, insyaAllah kekuatan umat Islam memang digeruni oleh golongan kafir yang lain. Percayalah! Sebab, apabila semua ni dapat dipraktikkan oleh setiap pemuda Islam (baik perempuan mahupun yang lelaki), setiap hati mereka akan hidup dengan semangat jihad yang kukuh.

One more thing, jangan lupa senjata utama umat Islam iaitu DOA kepada ALLAH swt. Firman Allah swt:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan musuh, maka berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung." [An-Anfal:45]

Dengan adanya semangat yang tinggi dalam diri seorang pemuda secara fitrahnya, pemahaman agama Islam dan amalan yang sempurna, semangat jihad dalam hati utk perjuangkan Islam dengan cara yang betul dan PERTOLONGAN dari ALLAH swt, umat ini akan naik semula seperti apa yang telah dilakarkan oleh sejarah Islam terdahulu dimana ISLAM telah menguasai 2/3 dunia dibawah pemerintahan seorang khalifah! :)

Tak mudah untuk melihat Islam naik semula sekiranya umat Islam sendiri tidak ada sikap 'Izzah (bangga) dengan mempraktikkan agamanya sendiri. Dikatakan menutup aurat itu kolot, tidak ke karaoke bersama kawan itu dilihat satu perkara yang outdated, etc.

Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" [al-baqarah:208]

Malah syaitan sendiri mengaku yang dia berlepas dari apa yang dibisikkan pada manusia sebab dia nampak perkara ghaib iaitu azab Allah swt yang sangat sangat pedih!

Syaitan berkata:
" Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat;sesungguhnya aku sangat takut kepada Allah." Allah sangat keras siksaannya. [Al-Anfal:ayat 48]

Jadi, perbaikilah diri kita secukup-cukupnya seperti apa yang dinyatakan di atas utk menghalang diri kita dari memberi FITNAH terhadap agama kita sendiri.

Tuesday, February 2, 2010

...

"...bahawa sudah menjadi keharusan bagi kita membentuk kader2 penerus yg kelak akan menjalankan tugas dakwah dan memegang kemudinya, mendidik kader2 berikutnya dan mengisi setiap peluang..." [ar Roqoiq]

Monday, February 1, 2010

menongkah samudera keimanan

Surah Al-Hijr: ayat 20-21

Dan Kami telah menjadikan padanya sumber-sumber kehidupan untuk keperluanmu, dan (Kami ciptakan pula) makluk-makhluk yang bukan kamu pemberi rezekinya. Dan tidak ada sesuatu pun, melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya. Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu. (15: 20-21)

Di dalam titisan air mataku, ku meminta padaNya dengan penuh takut dan harap. Ku memohon padaNya yang terbaik untuk diri ku . Kerana ku tak pasti kesudahan di setiap usahaku.. ku seolah-olah tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Ku teguhkan diri, utk kembali utuh! Mencari segunung ketenangan di setiap sudut kehidupan. Ku pohon agar Allah memberikan cahaya hidayah dan pertolongan..

Selepas maghrib, hati ku terdetik untuk menyingkap dan menghayati surah Al-Hijr..

Subhanallah, ku terasa bahawa Allah seolah-olah memujuk hatiku. Ku bersyukur ayat yang ku baca menjawab persoalan hatiku.

Cintaku padaMu, kan terus berputik ya Allah.

Allah,luruskanlah jalanku, lindungilah aku dari orang-orang yang berniat jahat dan berpelakuan jahat pada diriku. Lindungilah aku dari bicara kasar dan fitnah mereka, lindungilah keturunanku dan bakal pemimpin untuk zuriat-zuriatku dari tergolong seperti mereka. Ya Allah, aku hambaMu yang dhaif, aku hambaMU yang penuh dengan kehinaan, ku pohon padaMu, lindungilah aku dari mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan dan jin-jin yang direjam.

Aku pohon padaMu ya Allah semoga orang yang pernah berlaku jahat pada diriku menjadi mukmin mulia pada satu hari nanti. Lembutkanlah hatiku untuk memaafkan mereka.

ya Allah, ku tahu Kau Maha Adil dan memberi rezeki mengikut ukuran tertentu, berkatilah dan murahkanlah rezeki pada diri ini dan tetapkanlah aku di jalan dakwahMu. kerana aku tak ingin mendekati nerakaMu.

ya Allah, ku tahu aku tak layak untuk syurga MU yang mahal, tetapi aku ingin berusaha sedaya upayaku untuk terus mencintai dan berlari ke arahMU. Ku tak mahu tercicir dalam jurang kehinaan, ya Allah

ya Allah, bersihakanlah hatiku semula. Sekiranya hati ku sudah rosak dan tidak mentaatiMu, tukarkanlah hati ini dengan hati yang baru. Kerana sesungguhnya aku ingin berhijrah dan meninggalkan karat-karat jahiliyyah dengan hati yang penuh ketaatan dan tunduk sepenuhnya kepadaMu..

Amin,amin, ya rabbal 'alamin... (T_T)