Sunday, May 15, 2011

Refleksi Budaya-Hitam, Putih, Kelabu

Apa itu Budaya? Apa pula kejutan budaya?

Budaya boleh ditafsirkan sebagai perkara yang diamalkan oleh sesebuah komuniti dalam kehidupan seharian mereka.

Menjadi suatu perkara yang menjengkelkan sekiranya budaya yang menular dalam masyarakat itu merupakan sesuatu yang agak negatif dan kurangnya nilai murni.

Terkenang budaya masyarakat di Australia. Mereka mempunyai peribadi seorang muslim apabila berkomuniti;

1) Menghormati golongan yang lemah: Orang tua, wanita, golongan kurang upaya.
Contoh ini dapat dilihat ketika melihat anak-anak muda bangun dari tempat duduk mereka ketika melihat golongan lemah menaiki kenderaan awam seperti komuter, bas, keretapi.

2) Mereka menghormati orang yang beratur: Hal ini boleh dilihat ketika menaiki bas, membeli makanan, pembayaran di pusat membeli-belah, membuat pembaharuan Kad Matrik di Uni :)

3) Apabila datang ke kaunter pertanyaan: Budaya mereka adalah tersenyum :) dan memberi kata hormat kepada tetamu dan pelanggan. Mereka memuliakan tetamu.

4) Apabila seseorang bertanya, mereka menunjukkan arah dengan rasa hormat tanpa mentertawakan.

5) Masa- mereka sangat punctual. Sekiranya jadual bas sampai pada pukul 7.17 am, kita akan ditinggalkan andai sampai pada pukul 7.18 am :)

6) Mereka mengajar dengan rasa tanggungjawab di Universiti tanpa rasa ego dan tidak menggunakan pangkat mereka sebagai panggilan. Rendahnya diri mereka.

7) Mereka mudah untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain. Contohnya: di airport, ketika mengangkat barang yang berat,dll.

Itu adalah antara contoh-contoh murni yang mereka tunjukkan:)

Setibanya di airport Malaysia..bersama bagasi-bagasi yang berat.. deria telinga ku terdengar suara yang berbunyi..

"Biarkanlah dia, dia dah biasa hidup di luar negara".. Pemilik-pemilik suara itu hanya menolongku dengan melihat ku memunggahkan bagasi-bagasi berat sendirian ... o_O~

MashaAllah, indahnya budaya Australia, tak semua mengalaminya :) Alhamdulillah!