Sunday, October 11, 2009

Hati yang dikotori



wahai hati,
maafkanku kerana mengotori,
ku gelapkan dengan riang tawa yang tiada bertepi,
leka ku membuatkan ustaziyatul alam itu jauh utk digarapi.


wahai hati,
maafkanku atas segala yang terjadi,
ku semakin menjauhi suruhan Ilahi,
tangis ku tiada bertepi tika penyesalan menyelubungi diri.


wahai hati,
ingin ku bersihkan mu kembali,
dengan taubat nasuha dan tekad yang tinggi,
inginku cari redha Ilahi,
dengan sujud yang memerdekakan diri.


wahai hati,
ku pohon supaya diberi cahaya Rabbani,
tika jahiliyyah ingin menerjah diri,
ku pohon agar dikuatkan intizam ini,
untuk menepis segala nafsu yang bertapak di hati.






No comments:

Post a Comment