Thursday, December 31, 2009

Berakhirnya 2009

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Telah berakhir tahun 2009.
Tahun yang penuh dengan warna-warni kehidupan..
Ana rasa bersyukur dan gembira kerana hati yg telah ana hilangkan, ana jumpa kembali..
Kini, hati ana teguh.
Ya Allah, ku mengharapkan supaya hati ini sentiasa dicucuri hidayahMU..
Ana rasa sangat bertuah kerana memperolehnya kembali..
Ana pernah kehilangannya dulu, tetapi kali ini mungkin tidak lagi..

Banyak ana pelajari dalam tahun ini..
Moga ia menjadikan ana lebih matang dalam menempuh kehidupan..

Ana rindu Mu, Allah,
Ana pernah tersungkur..
Ana akan berpaut kembali..
Ana ingin mengutip mutiara-mutiara disepanjang jalan menujuMu..

Ana tahu,
Ana pernah mengecewakan cintaMu, Allah
Tapi, kali ini.. Ana cuba sedaya upaya ana..


Ana ingin mulia seperti Khadijah,
Ana ingin setia seperti Zainab
Ana ingin berilmu seperti Aisyah
Ana ingin jadi permata disisiMu , Allah.
Ana tak sanggup kehilanganMu

HanyaMu, Ilahi

No comments:

Post a Comment