Friday, December 4, 2009

Warkah untuk si tercinta

Assalamualaikum wbt akhawati fillah :)
Berdebar rasa hati nak menaip coretan hati ini. Tapi, ana cuba untuk luahkan juga untuk dikongsi bersama akhawati.
Merenung kembali suka duka bersama atau berseorangan, ana byk belajar baik daripada diri ana sendiri atau penglihatan dan pendengaran ana terhadap persekitaran. Ana rasa kagum dengan antunna semua. Ana bersyukur kerana dapat berkenalan dan bermesra dengan antunna. Walaupun ada kalanya kita tak sefahaman atau tidak suit each other, tetapi kita masih terikat untuk bersama. Ada sesiapa nak respond, atas dasar apa kite terikat? ;)
Ukhti Fariena pernah kata pada ana, " View poeple from their positive and good deed". Jazakillah khair , ukhti. Ana pegang kata-kata itu.
Ukhti Ellin pernah kata pada ana juga, " Niat itu penting". Walaupun singkat, tetapi amat padat untuk ana 'digest' dalam kehidupan ana.
Ukhti Mel pun berbicara dengan ana, " Jagalah ukhuwwah dengan akhawat. berlapang dada". InsyaAllah ukhti, ana akan terus bermujahadah untuk terus menjaga walau ada ketika ana tersungkur. Pimpinlah semula..
Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita pasti akan berpisah. Satu.. demi satu. Mungkin buat seketika. Andai kata, utk selamanya, moga doa menjadi penghubungnya. Akhawat, ana bakal merindui antunna satu hari nanti. Andai ana terlena, kejutkanlah dengan cara yang terbaik untuk ana terima dan bergerak. Kerana ana sangat rapuh..Itulah ana. seringkali ana terasa, tapi ana tetap ingin bersama antunna. Ana tetapkan hati ana untuk kembali teguh.
Akhawati, maafkan ana andaikata ana sering bermasam muka tika bertemu antunna, maafkan ana. Ada mehnah-mehnah yang tidak pernah ana lalui tetapi dapat ana pelajari di Sydney ini dari segi harta dan perasaan. Ada pernah, tahun lalu, ana betul2 tak dapat lelapkan mata dan kepala ana black out utk study. Segala-galanya bermain-main di kepala ana yang menyebabkan air mata ana sering bercucuran di atas sejadah tika bertemu Allah. Doakan ketenangan dan kegembiraan ana kembali di hati.Terngiang-ngiang kata-kata kak pai di telinga ana,
"Semua orang ada masalah Ujie. Cuma, sama ada dia pilih untuk bersedih atau bergembira". Jazakillah khair k pai. semoga saye jadi lebih positive dalam menongkah arus yg bergelora ini.
Ukhti Jena (Azleen) pun pernah menyentuh hati ana, " Ujie, just wanna say, 'dilema hati'' itu memang tak boleh nak elak. Kena hadapi dengan ceria ." Jazakillah khair, Ukhti. Ana cuba walau selalu tertangkap juga oleh enti.
Masa ana tak dapat fokus, ukhti Afiqah pernah menasihatkan ana.." Ujie, fokus on studi, setan je bisik kat hati biar awak tak bley stadi, mujahdah sista :) " Jazakillah khair , Afiq atas semangat yang diberikan.
Ukhti Yaya pun ada bg nasihat yg padat pada ana, " Jangan bebankan otak sangat". =) Itu, ana memang kena mujahadah untuk tepis.
Jazakillah khair ukhti atas segala nasihat yang diberikan kepada ana. Kini, ana hampir mengakhiri study degree ana di Sydney selepas Summer course nti. Ana lulus dengan baik setiap subject ana. Alhamdulillah. Jzkk atas doa-doa antunna! Ana berjaya naikkan pointer ana. Alhamdulillah 'ala kulli hal ^^. seorang ukhti berkata pada ana, "Something from Allah is waiting for u!!" InsyaAllah , ukhti. Ana redha dan bersyukur atas segalanya. Rabbi yassir wala tu 'aasir, ya Rahman, ya Wadud..
Bak kata ukhti Baiyah, " Ujie balik ke dulu. Spend masa dengan keluarga kejap. Then, fikir sesama." insyaAllah ukhti. jazakillah khair kerana tidak membiarkan ana risau ..
[rindunya keluargaaa!! =) ]
Gembira rasa di hati tika melihat satu demi satu akhawat di samping ana menempuh "fasa" baru kehidupan. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup antunna semua. Walaupun, ana selalu excited dengan "fasa" ini, tetapi kali ini berlainan sedikit.Ana, ana..ana mungkin tidak bersedia lagi=). Banyak lagi yg ana perlu fokus dan perbaiki. Banyak lagi yang perlu ana 'cari dan hiasi' pada diri ana sebagai seorang Wanita Solehah. Semoga antunna, dikurniakan yang terbaik utk antunna dan segalanya keranaNya. Mungkin ada yang belum menjadi akhlak utk ana.
Ukhti Anis pernah nasihat ana, tika desiran ombak memukul pantai, " Don't regret what u've never had". InsyaAllah ukhti!
Ukhti Hani pun ada beritahu, " Fokus pada individu muslim". InsyaAllah, ukhti.
Ukhti Mitra pernah menasihati, " It's not the matter when u finish it, but..how u finish it." ;)
"La yu'minu ahadukum hatta yuhibba li akhi ma yuhibbu li nafsi"
Ertinya: "Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."
MasyaAllah, tingginya tingkatan ukhuwwah itu. Baru tersentuh di hati ana apabila membaca semula hadith pertama yang ana hafal di Mukhayyam musim sejuk 2008 [melbourne]. MasyaAllah, baru jelas dijiwa ana kepentingan nasihat-menasihati atas dasar ukhuwwah. MasyaAllah, ana telah jalinkan ukhuwwah yang rapat dengan antunna!!! Ana dibius vaccine ukhuwwah, OUCH! ~
Ukhti, ajar ana tersenyum kembali!!! Ajar ana untuk 'berlari'!!!
Salam ukhuwwah abadan abada,
Ukhti Maizatul Nuzi Othman

No comments:

Post a Comment