Wednesday, December 7, 2011

Pergantungan pada Allah VS pergantungan pada orang


Pergantungan pada Allah swt semata-mata membawa kita kepada kebebasan daripada meletakkan dunia di hati.
Kebanyakan manusia selalu merasakan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Lalu mereka lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah swt telah kurniakan kepada mereka. Mereka suka membanding-bandingkan kelebihan dan kepunyaan orang lain dengan mereka.

Sekiranya mereka mempunyai sesuatu yang lebih rendah dari orang lain, mereka akan merasa dengki dan iri hati, itu suatu perkara yang tidak elok untuk diamalkan. Sifat-sifat mazmumah ini mestilah dihindari sebaik mungkin, kerana ia adalah titik-titik permulaan kepada sesuatu yang negatif dan tidak sihat.

TETAPI!

SEKIRANYA KITA MELETAKKAN PERGANTUNGAN KITA SEMATA-MATA HANYA KERANA ALLAH SWT DAN MENSYUKURI SEGALA NIKMAT YANG ALLAH TETAPKAN KEPADA KITA, HIDUP INI AKAN LEBIH BERMAKNA.

ALHAMDULILLAH!!!!!!!!






No comments:

Post a Comment