Wednesday, December 7, 2011

Transformasi kehidupan untuk fasa seterusnya

Sudah 24 tahun, ku menjalani kehidupan sebagai seorang insan. Insan kerdil yang masih dalam perjalanan untuk menemuiNya. Semoga ku dan ahli keluargaku serta bakal ahli-ahli keluargaku diberikan husnul khotimah di pengakhiran jalan di dunia ini.

Majoriti kehidupanku adalah berpaksikan sebagai seorang pelajar. Pelajar yang hanya mengenal erti peperiksaan, belajar, dengar talk, makan, tidur, sembahyang, qiyammulail, usrah, etc.
Sebahagian dari kematanganku terbentuk semasa kehidupanku di negara asing. Setelah ku pulang ke tanah air, ku lihat, rupanya aku belum cukup matang mengenal masyarakat di sini.

Bermulanya pra-kursus kehidupanku untuk fasa kedua..(huhu, betul ke ayat ni. Hmm, layan je la).
Hari-hari kena leter untuk belajar masak, jangan buat tu, jangan buat ni, bangun awal! Selepas subuh jangan tidur, mulakan kehidupan seawal mungkin, belajar memandu kereta, jangan cepat merajuk, kawal marah, jaga sopan santun, senyummm, ceria, tenang dikala teruji, jaga qiyammulail, jaga anak sedara, ajar mereka mengaji, solat, sekiranya mereka mengada2 ,jangan pukul, instead berlembut dengan mereka..uishhh, susahnya ku nak menghadam benda-benda ni. Astaghfirullah.. Panjang nafas ku hela.. jauh sudah disiplinku semasa di Sydney dulu. Kenapa agaknya, adakah banyak syaitan di Malaysia ni atau aku yang sudah semakin masuk ke dalam 'comfort zone'.. oh Allah, peliharalah aku dan orang-orang sekelilingku.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, ..aku sudah pun sampai ke hujung tahun 2011. Oh tidak! Tinggal 5 bulan lagi utk menjadi 25 tahun! Apa yang aku buat selama 24 tahun ni. Aku bukannya sesiapa lagi... Astaghfirullah!..

Okey, okey, rileks rileks...

(Menulis perancangan untuk masa hadapan)

No comments:

Post a Comment